27 Mei - Kesatuan Penjaja Petrol (Kepepet) menyambut baik hasrat kerajaan jika berlakunya kenaikan harga minyak di pasaran tempatan.
Cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala
(gambar), yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PENGAPI) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara, diiktiraf oleh presiden Kepepet, Subki Maarof.
"Kami memuji kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana sedia menjadi telinga rakyat. Beliau mendengar segala rungutan dan memahami aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia terus maju. Kami NGO pertama menyokong penuh hasrat yang dicadangkan Datuk Seri Idris Jala."
Subki mengulas bahawa dengan bantuan subsidi yang berterusan memang negara akan muflis dalam tempoh 9 tahun. Hal ini telah dijelaskan sebelum ini melalui konteks kekerapan pilihan raya kecil diadakan di Malaysia. Setiap kali berlaku satu pilihanraya kecil, sekurang-kurangnya RM 1 juta perlu ditaburkan.
Untuk mengelakkan kerajaan tidak mempunyai dana untuk pilihanraya akan datang, kenaikan harga bahan bakar dilihat sebagai satu pilihan yang paling utama untuk dilaksanakan.
Kenaikan sekurang-kurangnya 15 sen setiap liter bagaimanapun sedikit mendukacitakan kerana Kepepet mahu kenaikan sekurang-kurangnya 30 sen dilakukan seperti di zaman pentadbiran Tun Abdullah. Walaubagaimanpun, beliau berharap proses kenaikan itu dipercepatkan demi kebaikan negara agar Malaysia tidak muflis seperti Greece.

1 Comment
Kepepet?
Posted on June 3, 2010 at 7:59 PM
Post a Comment